Sais Huruf

image image image image image
Sejarah Penubuhan DAMAI Pada 25 Ogos 2005,  Jawatankuasa Teknikal Agenda Melayu K-12 telah memperakukan cadangan Penubuhan Kumpulan Kerja Dewan Amal Islami dan telah dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Tujuan dan Visi DAMAI Diantara tujuan utama Penubuhan Damai ialah  :

Mengumpulkan maklumat semasa Badan Amal Islami yang  berdaftar melalui Pusat Khidmat Sehenti ( One Stop Centre )
Membantu Membangunkan Modal Insan DAMAI  berhasrat untuk turut memberi sumbangan bagi membantu kerajaan membangunkan modal insan.
Lebih 50 buah Persatuan Islam di dalam kampus berdaftar dengan HEP Dianggarkan lebih dari 50 buah Persatuan Islam  di dalam kampus IPTA yang berdaftar dengan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar dengan keahlian dianggarkan melebihi 15,000 orang.
Sasar 20 Kelab DAMAI di IPTA Salah satu pendekatan terbaik untuk menjalinkan hubungan langsung dengan persatuan-persatuan  Islam di IPTA ialah melalui penubuhan Kelab DAMAI .  
SEKALUNG BUDI KEPADA Y.A.B. DATO' SRI MOHD NAJIB TUN HJ. ABDUL RAZAK YANG TELAH MELANCARKAN WEB KELAB DAMAI-IPTA DAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT ...

Mengumpul

Mengumpulkan maklumat semasa Badan Amal Islami yang berdaftar melalui Pusat Khidmat Sehenti
( One Stop Centre )

Berkongsi

"Mengikuti perkembangan dan pergerakan aktiviti bersama menjadi begitu mudah"

Berkongsi maklumat aktiviti semasa  dengan Badan Amal Islam yang berdaftar.

Membantu

"Aktiviti persatuan-persatuan Islam di kampus menjadi aktif & rancak"

Membantu organisasi dan aktiviti persatuan Islam di Kampus secara lebih terancang dan berupaya memenuhi aspirasi nasional.

SEKAPUR SIRIH

dato-saifuddin Bismillahir Rahmanir Rahim,
Assalam.gif

S

etinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama meraikan Majlis Perasmian Pelancaran Kelab DAMAI Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam 2009 (ISCO’ 09) yang telah berlangsung dari 24hb Julai yang lalu. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa dari Dewan Amal Islami (DAMAI) yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

Ketika ini dianggarkan terdapat lebih dari 50 buah Persatuan Islam  di dalam kampus IPTA yang berdaftar dengan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar dengan keahlian dianggarkan melebihi 15,000 orang. Persatuan ini memerlukan  rangkaian hubungan dan sokongan daripada badan dan agensi kerajaan untuk membantu  menjayakan pelbagai aktiviti mereka. Maka dengan itu, DAMAI melihat ruangan terbuka untuk menghulurkan sokongan dan bantuan bagi menjayakan aktiviti  melalui konsep kesalingan sokongan dengan menubuhkan Kelab DAMAI di setiap IPTA seluruh Malaysia.

Dengan penubuhan Kelab DAMAI ini, setiap persatuan Islam yang berdaftar akan menjadi rakan  bersekutu kepada Kelab DAMAI yang mana persatuan-persatuan ini boleh di anggap sebagai anak angkat kepada DAMAI dan akan membantu memberikan informasi yang terkini tehadap aktiviti yang akan atau telah di jalankan. DAMAI akan bertindak sebagai rakan yang akan menghulurkan apa jua kepakaran dan bantuan yang diperlukan mereka.
Selain itu, Kelab DAMAI juga boleh menjadi pemangkin bagi merapatkan kerjasama dengan badan dan agensi kerajaan bagi membantu memperkasakan persatuan-persatuan Islam di IPTA. Kelab DAMAI ini juga diharapkan akan dapat merancakkan serta mengaktifkan aktiviti persatuan-persatuan Islam di kampus yang mana pada ketika ini, pada pandangan saya hanya tertumpu kepada aktiviti-aktiviti tertentu sahaja.

Oleh yang demikian, maka besarlah harapan saya agar penubuhan Kelab DAMAI ini akan dapat memanfaatkan kita semua terutamanya mahasiswa-mahasiswa Islam, dalam mewujudkan generasi pemimpin yang mempunyai integriti tersendiri serta masyarakat yang berwibawa dan disegani selain mengeratkan perpaduan sesama bangsa demi mendokong matlamat Perdana Menteri kita untuk merealisasikan konsep ”1 MALAYSIA; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Y.B. DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Pengerusi DAMAI.
 

USIM Anjur Program IKON Usahawan

ikonkerjayaNilai, 19 Mac 2009 – Pelaksanaan Program Ikon Usahawan merupakan satu usaha dalam memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai peluang dan ruang kerjaya dalam bidang keusahawanan yang terdapat di Malaysia.
Selaras dengan itu, pihak USIM dengan kerjasama Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI) berhasrat menganjurkan Program Ikon Usahawan yang julung-julung kalinya diadakan. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DAMAI, Y. Brs. En. Amran Zakaria.

Antara objektif program ini adalah untuk memperluaskan jaringan perhubungan kepada mahasiswa mengenai peluang kerjaya yang terdapat di Malaysia secara langsung melalui program ini dan melahirkan usahawan-usahawan daripada mahasiswa yang profesional demi mengharungi arus globalisasi semasa. Di samping itu menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk memastikan kejayaan mahasiswa dalam bidang profesional.
   
<<  Mac 2010  >>
 Isnin  Selasa  Rabu  Khamis  Jumaat  Sabtu  Ahad 
  1  2  3  4  5  6  7
  8  91011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Berita Terkini

  • 1
  • 2
  • 3

Ramalan Cuaca Google

81°
27°
°F | °C
Thunderstorm
Humidity: 89%
Wind: W at 7 mph
Wed

71 | 95
21 | 35
Thu

77 | 89
25 | 31
Fri

75 | 89
23 | 31
Sat

73 | 91
22 | 32

peluanglatihan2

Lawatan [+/-]
Hari ini:
Semalam:
Hari sebelumnya:
15
16
11

+5
Minggu ini:
Minggu lepas:
Minggu sebelumnya:
42
127
105

+22

Keseluruhan Bilangan Pelawat
Sejak July 2009   5 611 
Kami ada 2 tetamu online
Universiti mana menjadi pilihan anda?
 

iklanlah-190x60

Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi 2007 :: Majlis Bicara Siswa 19 Mac          Seminar Agama dan Pembangunan :: Islam Pasca Kemerdekaan


SertaiSukarelawan

Infomasi Hubungan :
Kunjungi Kami:
DEWAN AMAL ISLAMI (DAMAI)
No 403, Tingkat 1 & 2,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur,
Malaysia

Hubungi Kami:
Tel: +603- 2697 0380 / 0153
Faks:+603- 2691 1049
Email: info@kelabdamai.org.my

Penaja Utama:
Tabunghaji
Taha
Lembaga Tabung Haji 
www.tabunghaji.gov.my