Akhbar
B.Harian: Program bantu graduan dilancar
Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Datuk Zukri Samat, berkata program seumpama itu diyakini mampu menampung kekurangan ahli perbankan Islam di negara ini kerana potensi sektor itu yang semakin berkembang.
“Sektor perbankan Islam semakin berkembang sedangkan kita kekurangan ahli perbankan Islam kerana ramai memilih untuk berkecimpung dalam perbankan konvensional,” katanya selepas mewakili Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Dewan Amal Islam Hadhari (Damai) melancarkan GPI: Perbankan dan Kewangan Islam di sini, semalam.
Zukri berkata, semua graduan terbabit akan diminta menjalani kursus khas selama tiga bulan yang akan dikendalikan oleh pihak berkaitan.
“Untuk program Perbankan dan Kewangan Islam, kita memilih lebih 400 graduan dan silibus bagi kursus ini dikendalikan oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM).
“Ia meliputi kursus teori dan praktikal di institut kewangan Islam yang terpilih, termasuk BIMB. Kita akan mengenal pasti beberapa lagi institusi untuk tujuan itu,” katanya.
Zukri berkata, peserta kursus berkenaan tidak terikat dengan BIMB sebaik tamat kursus, sebaliknya bebas untuk berkhidmat di sektor perbankan yang lain jika berminat. – Bernama
Halaman 1 daripada 4







