Sais Huruf

Semasa

SEKAPUR SIRIH

dato-saifuddin Bismillahir Rahmanir Rahim,
Assalam.gif

S

etinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama meraikan Majlis Perasmian Pelancaran Kelab DAMAI Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam 2009 (ISCO’ 09) yang telah berlangsung dari 24hb Julai yang lalu. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa dari Dewan Amal Islami (DAMAI) yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

Ketika ini dianggarkan terdapat lebih dari 50 buah Persatuan Islam  di dalam kampus IPTA yang berdaftar dengan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar dengan keahlian dianggarkan melebihi 15,000 orang. Persatuan ini memerlukan  rangkaian hubungan dan sokongan daripada badan dan agensi kerajaan untuk membantu  menjayakan pelbagai aktiviti mereka. Maka dengan itu, DAMAI melihat ruangan terbuka untuk menghulurkan sokongan dan bantuan bagi menjayakan aktiviti  melalui konsep kesalingan sokongan dengan menubuhkan Kelab DAMAI di setiap IPTA seluruh Malaysia.

Dengan penubuhan Kelab DAMAI ini, setiap persatuan Islam yang berdaftar akan menjadi rakan  bersekutu kepada Kelab DAMAI yang mana persatuan-persatuan ini boleh di anggap sebagai anak angkat kepada DAMAI dan akan membantu memberikan informasi yang terkini tehadap aktiviti yang akan atau telah di jalankan. DAMAI akan bertindak sebagai rakan yang akan menghulurkan apa jua kepakaran dan bantuan yang diperlukan mereka.
Selain itu, Kelab DAMAI juga boleh menjadi pemangkin bagi merapatkan kerjasama dengan badan dan agensi kerajaan bagi membantu memperkasakan persatuan-persatuan Islam di IPTA. Kelab DAMAI ini juga diharapkan akan dapat merancakkan serta mengaktifkan aktiviti persatuan-persatuan Islam di kampus yang mana pada ketika ini, pada pandangan saya hanya tertumpu kepada aktiviti-aktiviti tertentu sahaja.

Oleh yang demikian, maka besarlah harapan saya agar penubuhan Kelab DAMAI ini akan dapat memanfaatkan kita semua terutamanya mahasiswa-mahasiswa Islam, dalam mewujudkan generasi pemimpin yang mempunyai integriti tersendiri serta masyarakat yang berwibawa dan disegani selain mengeratkan perpaduan sesama bangsa demi mendokong matlamat Perdana Menteri kita untuk merealisasikan konsep ”1 MALAYSIA; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Y.B. DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Pengerusi DAMAI.
 

Halaman 1 daripada 4

SertaiSukarelawan

peluanglatihan2

iklanlah-190x60

Infomasi Hubungan :
Kunjungi Kami:
DEWAN AMAL ISLAMI (DAMAI)
No 403, Tingkat 1 & 2,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur,
Malaysia

Hubungi Kami:
Tel: +603- 2697 0380 / 0153
Faks:+603- 2691 1049
Email: info@kelabdamai.org.my

Penaja Utama:
Tabunghaji
Taha
Lembaga Tabung Haji 
www.tabunghaji.gov.my