Sais Huruf

Program Wahdatul Fikr

wahdatulKUALA TERENGGANU -  Satu majlis `Wahdatul Fikr’ telah diadakan di Dewan Teater, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Kampus Kota pada 16 Januari lepas.


Majlis yang dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu bertujuan untuk berkongsi pendapat dan juga pandangan mengenai peluang kerjaya pelajar Pengajian Islam di universiti selepas menamatkan pengajian mereka.


Ketibaan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid telah disambut oleh Naib Canselor UDM, Dato’ Prof. Dr. Alias Daud dan ahli Pengurusan Tertinggi Universiti di perkarangan bangunan Pentadbiran UDM.


Naib Canselor dalam ucapan aluannya berkata, segelintir masyarakat mempunyai persepsi bahawa mahasiswa Pengajian Islam mempunyai beberapa kelemahan.


`` Keterampilan diri, tidak mahir berkomunikasi dalam bahasa lain selain bahasa ibunda dan tidak ada keyakinan diri selalu disebut dan dikaitkan dengan pelajar Pengajian Islam,’’ kata beliau.


Sementara itu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, para pelajar universiti sekarang digalakkan untuk menghafaz al-Quran walaupun mereka mengambil jurusan yang berkaitan dengan bidang profesional.


``Para pelajar sekarang tidak semestinya hanya menumpukan pengajian mereka di dalam bidang profesional  seperti kejuruteraan, kedoktoran atau perundangan tetapi jika dapat diiringi dengan penguasaaan menghafaz 30 juzuk al-Quran adalah lebih baik, ‘’ ujar beliau.


``Saya ingin melihat dalam masa sepuluh atau lima belas tahun lagi pakar bedah, jurutera atau peguam yang ada di Malaysia adalah mereka yang hafiz,’’ tambah beliau lagi.


Majlis anjuran bersama Dewan Amal Islam Hadhari (Damai) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UDM itu dihadiri oleh kira-kira seratus pelajar dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FPKI) dan ahli Majlis Perwakilan Pelajar.

KASWADI YUSOFF, UKK

SertaiSukarelawan

peluanglatihan2

iklanlah-190x60

Infomasi Hubungan :
Kunjungi Kami:
DEWAN AMAL ISLAMI (DAMAI)
No 403, Tingkat 1 & 2,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur,
Malaysia

Hubungi Kami:
Tel: +603- 2697 0380 / 0153
Faks:+603- 2691 1049
Email: info@kelabdamai.org.my

Penaja Utama:
Tabunghaji
Taha
Lembaga Tabung Haji 
www.tabunghaji.gov.my